Tuesday, May 15, 2012

YA ALLAH...

semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan mencalar ketabahan..mimpi yang sering aku harapkan menjadi kenyataan tak kesampaian..


ALLAH...


ingin aku hentikan langkah ini bagaikan tak mampu untukku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, harusku mengalah, namun jiwaku berbisik, inilah dugaan...dan langkahku kini terbuka pada hikmah dugaan uji keimanan, dan dilontarkanNYA ujian dibuang kekuatan setiap diri insan....


ALLAH....


pimpinlah diriku kembali semula meneruskan langkah-langkah perjuangan ini. cekalkan hati dan semangatku....kurniakan ketabahan agar mimpi jadi nyata..padaMU ku meminta...daku mohon agung kudratMU wahai TUHAN yang satu segalanya dariMU...

Amin ya rabbal 'alamin......

Sunday, October 2, 2011

Conserving Nature, Celebrating Life


     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .                                                  

Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau


Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya ALLAH) merasakan kepada mereka tahap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.
(al-Rum ayat 41)

Doa selepas membaca AL-QURAN

YA ALLAH kurniakan rahmat AL-QURAN
Jadikan AL-QURAN pegangan petunjuk kasih sayang
YA ALLAH kurniakan kami apa yang kami lupa
Ajarlah apa yang kami jahil
Bantulah kami membacanya
Malam dan siang
Jadikan AL-QURAN pegangan
 يا رب العالمين


*melodi seperti bacaan dalam bahasa arab..(n_n)

Friday, September 30, 2011

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Monday, August 22, 2011

في سبيل الله

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHANI walau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walau SUSAH


Percayalah bahawa ALLAH SWT masih mahu menolongmu...



Saturday, August 13, 2011

It's Another Story on Its Own

Assalamualaikum WBT


Art + Science = Architecture
Pasti??
( Jungkit kening smbil menampakkan keseluruhan gigi yang teratur ) My opinion..

Sememangnya ARCHITECTURE adalah satu bidang yang indefinite kerana dia adalah tersangat subjektif untuk dilabel sebagai sesuatu. Architecture is anything that involves the implementation of arts and science. Human creation contohnya. Bukan sekadar creating spaces, namun sesuatu yang aesthetically pleasing (arts) and functional (science) dalam masa yang sama.

Mari kita fokus pada satu ni.

Menara Telekom inspired by Hijjas Kasturi


Seperti mana di atas, Menara Telekom ini telah diinspirasikan oleh Hijjas Kasturi daripada sprouting bamboo shoot. Form yang terhasil daripada idea itu adalah art. Dari segi sains pula, kita lihat fungsi bangunan ini yang pelbagai. Dari segi element yang digunakan, spaces yang telah disediakan seperti  a large prayer hall dan a theatre yang mampu memuatkan 2, 500 audience. Building ini juga mempunyai keunikan yang tersendiri apabila mempunyai 22 open skygardens that alternating every three floors. Splendid! It's Green Architecture. Readers boleh la buat research lagi banyak tentang this Telekom Malaysia building kalau mahu. Sememangnya ada banyak lagi info yang tidak dimuatkan dalam karangan entry kali ini.

Tetapi, kadang kala, ada juga architecture yang terhasil daripada functionality. Namun begitu, ia masih tidak lari dari menghasilkan seni (art). Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, ARCHITECTURE is not only about creating spaces. Like what? Like this..

Perspective view

Front elevation

Rear elevation

The design is coming from the function itself. Form follow function. Yezza!

Baiklah readers. Ketahuilah bahawa semua di dunia dan segala isinya adalah milik ALLAH. Di sini, penulis hanya mahu berpesan-pesan sambil ingat-mengingatkan antara sesama kita. Hendaklah kita tidak menjadi sombong dan angkuh serta bermegah-megah dengan senibina yang tercipta. Kerana Allah bakal menurunkan bala kepada mereka-mereka yang angkuh lagi sombong. Hal ini telah terbukti pada kaum Tsamud iaitu pada zaman Nabi Salleh A.S yang mempunyai kehebatan dan keagungan senibina yang sungguh mengagumkan pada ketika itu. Mereka membina bangunan dengan mengukir dan mengorek daripada gunung-gunung. Bagaimana kita membayangkan penggunaan teknologi pada ketika itu dengan membina bangunan daripada gunung-ganang? Subhanallah Maha Suci ALLAH. Namun mereka-mereka itu angkuh dengan bangunan mereka yang gah. Menolak keNabian Nabi Salleh walaupun baginda telah mengeluarkan seekor unta daripada batu seperti mana yang mereka minta sebagai bukti keNabian. Semua itu berlaku dengan hanya izin ALLAH SWT. Kunfayakun...

Berikut adalah antara tinggalan kaum Tsamud :








Awesome kan?? Amacam?? Ade rase nak pegi tak??? Heheheh.....

Wassalam....